SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah SJK ( C ) Poay Eng, Kuala Sepetang


1926    En. Ang Shiang, En. Beh Lok Ping dan En. Ho Seng Gu menubuhkan Sekolah Poay Eng
            pada 15.04.1926. En. Yap Chi Mou bertugas sebagai Guru Besar dan dibantu oleh dua
            orang guru. Hanya terdapat 30 orang murid dan sekolah ditempatkan di sebuah rumah
            kedai berbumbung atap.

1931        En. Wong Chee Hong menjadi Guru Besar setelah En. Yap Chi Mou letak jawatan.

1932     Dengan usaha Lembaga Pengurus dan bantuan penduduk tempatan, dua buah bilik darjah  
             dan satu pejabat sekolah telah ditambah .

1933        Bilangan murid telah bertambah sehingga 90 orang  dan bilangan guru bertambah 
             seorang menjadi 3 orang kesemuanya.

1941        Tercetusnya Perang Dunia Ke-2, sekolah ini terpaksa ditutup. Bangunan sekolah
dirampas oleh tentera Jepun dan dijadikan tempat pengajaran Bahasa Jepun-Tionghua.

1944        Sekolah dibuka semula pada 15.12.1944 dengan En. Wong Chee Hong masih sebagai
Guru Besar, bilangan murid hanya 30 orang. Kerajaan British memberi peruntukan RM 500.00 sebagai perbelanjaan membaik pulih sekolah.

1945        Bilangan murid semakin bertambah dan ini menimbulkan masalah kekurangan bilik 
Darjah. Kempen mengutip derma diadakan dan berjaya mendirikan dua bilik darjah yang baru.

1949        Pengurusi Lembaga Pengurus En. Ang Shiang meninggal dunia, En. Chuah Eng Choon
dilantik sebagai pengurusi mengganti tempat mendiang.

1956        Bilangan murid meningkat melebihi 320 orang, terpaksalah sekolah dijalankan dalam
dua sesi, iaitu pagi dan petang.

1957        Atas permintaan kerajaan, nama sekolah ditukar kepada :
‘Poay Eng Type Chinese Primary School’.

1959        Sekali lagi kutipan derma dibuat untuk membina bilik darjah. Dengan pungutan yang di-
perolehi dan juga bantuan kerajaan sebanyak RM 4,100.00 dua buah bilik darjah baru di
bina lagi.
           
1960        Bilangan murid meningkat  melebihi 600 orang. Pihak sekolah terpaksa meminjam
             sebuah pentas Wayang Tokong Cina sebagai bilik darjah sementara..

1961        Nama sekolah ditukar lagi kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Poay Eng.
             Pada pertengahan tahun, Pengurusi Lembaga Pengurus En. Chuah Eng Choon meninggal
             dunia dan diganti oleh En. Chew Chang Chew. En. Beh Peng Sim dipilih sebagai
             Bendahari Lembaga Pengurus.

1962        Atas inisiatif Lembaga Pengurus serta bantuan modal RM 500.00 dari Kementerian
             Pendidikan, 3 buah bilik darjah didirikan dengan perbelanjaan sebanyak RM 12,500.00.


1964        Pada bulan Mei, oleh kerana runtuhnya benteng , pekan Kuala Sepetang termasuk
             kawasan sekolah dibanjiri air laut sedalam 4 kaki. Ini menyebabkan banyak harta benda
             sekolah rosak atau hilang dibawa arus air.

1965        Guru Besar En. Wong Chee Hong bersara pada bulan Mei, penolongnya En. Saw Jin Hai
             dilantik oleh Lembaga Pengurus untuk mengganti tempat beliau.
              Semasa En. Saw memangku jawatan Guru Besar, 5 buah bilik darjah telah dicat semula.
              Lembaga Pengurus menggunakan wang simpanan sekolah sebanyak RM 7000.00 untuk
              membina 2 buah bilik darjah lagi untuk menampung pelajar yang semakin meningkat.

1966        En. Chew Chang Chew dilantik semula sebagai Pengurusi Lembaga Pengurus. Penolong
             ialah En. Ong Eng Keh dan En. Wong Tek Chow menjadi Bendahari.

1968        Bilangan murid meningkat kepada 663 orang, bilangan guru seramai 22 orang dan
             terdapat 18 buah dilik darjah.

1969        Mulai tahun ini, atas kebenaran Jabatan Pendidikan Perak, sekolah mengamalkan sistem
             pengajaran dan pembelajaran lima hari seminggu.

1974        Mengikut kehendak Kementerian Pendidikan, Persatuan Ibu-bapa dan Guru-guru ditubuhkan pada bulan Jun. En. Chew Chang Chew dilantik menjadi Yang Di Pertua
PIBG dua tahun berturut-turut iaitu tahun 1974 dan 1975.

1975        Pada bulan November, semasa ‘Jamuan Makan Malam Tahunan’ PIBG  dan Lembaga  
             Pengurus telah berjaya mengutip derma untuk membina 3 buah lagi bilik darjah.

1976        3 buah bilik darjah baru siap dibina dan bilangan pelajar sudah melebihi 1000 orang.

1978        Guru Besar En. Saw Jin Hai bersara pada 31.12.1978. Penolongnya En. Ng Chee Song
             dilantik memangku jawatan Guru Besar.

1979        En. Ng Chee Song memangku jawatan ini sehingga 31.12.1979.

1980     Jabatan Pendidikan Perak melantik En. Foo Seng Cheih menjawat jawatan Guru Besar
             mulai 1.1.1980.
             Suatu Jawatankuasa Pembangunan ditubuhkan pada 8.5.1980 dengan tujuan mengutip
             derma untuk pembinaan sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi  bilik guru,
             bilik Guru Besar, dewan, pejabat dan 7 buah bilik darjah serta projek-projek lain.              
             Jawatankuasa ini dibentuk dengan usaha bersama Lembaga Pengurus dan Pentadbiran
             Sekolah.

1980        Pada 13.11.1981 Pasukan Pancaragam telah ditubuhkan. Pada bulan yang sama,
             sekali lagi sekolah ditimpa banjir. Air laut sedalam 4 kaki menyebabkan banyak
             harta benda sekolah rosak.

1983        Bangunan baru siap dibina pada 30.7.1983 dengan perbelanjaan lebih kurang
RM 209,000.00.
Pada 20.9.1980 gelanggang Bola Keranjang disiapkan dengan perbelanjaan sebanyak
RM 12,600.00.
Lantai bilik darjah ditinggikan sebanyak 10 inci pada 23.12.1983 dengan perbelanjaan
RM 14,300.00.

1984        Tandas baru untuk lelaki dan perempuan dibina pada 15.7.1984 dengan perbelanjaan
sebanyak RM 21,000.00.

1985        Pada 7.2.1985 sebuah kantin, 4 buah setor alat-alatan dan pagar sekolah pun siap dibina
semula dengan perbelanjaan sebanyak RM 57,000.00.
             Perbelanjaan pembinaan semula yang berjumlah RM 300,000.00 adalah sumbangan
             dari kutipan derma ibu bapa dan orang ramai dari kampung ini, manakala RM 40,000.00            
             adalah bantuan modal dari Kementerian Pendidikan.

1989       Satu bangunan yang mengandungi bilik Muzik yang berhawa dingin, bilik Komputer
 berhawa dingin dan bilik Kemahiran Hidup telah siap dibina.

1990       Sebanyak 16 buah komputer dibeli  dengan pinjaman tanpa faedah dari Tabung PIBG,
 Tabung Lembaga Pengurus dan Tabung Pancaragam Sekolah. Dengan ini pendidikan
 komputer diperkenalkan di sekolah ini.

1992        En. Foo Seng Chieh bersara pada 10.11.1992 dan En. Lok Siew Wah menjalankan tugas
             Guru Besar mulai 11.11. 1992 sehingga jawatan ini diambilalih oleh Penolong Kanan I,
             En. Tan Ge Kock.  En. Tan memangku jawatan ini sehingga 15.1.1993.

1993        En. Yang Kim Chang menjadi Guru Besar mulai 16.1.1993. Semasa perkhidmatannya
             beliau telah mengecat semula bangunan sekolah, membuat logo wawasan, logo sekolah,
             menambah perabot pusat sumber, membaharui kerusi dan meja murid-murid, menambah
             mesin taip dan komputer, memperbaharui kipas-kipas dan lampu-lampu sekolah.

1994        En. Yang Kim Chang bersara pada 12.12.1994. Penolong Kanan I, En. Saw Ee Kang
             memangku jawatan Guru Besar mulai 13.12.1994 sehingga 15.9.1995.

1995        Pada 16.9.1995 En. Hee Chee Hoong menjawat jawatan Guru Besar sehingga ia bersara
             pada 3.8.1999.

1999        Pada 4.8.1999 En. Ong Nga dari Bidor, dilantik bertugas sebagai Guru Besar. Pada masa
itu bilangan murid ialah seramai 728 orang.
Pada hujung tahun 1999 peruntukan Kememterian Pendidikan sebanyak RM10,000.00
diperolehi untuk menambah kemudahan-kemudahan di Makmal Sains dan Pusat Sumber.

2000        Pada 22.12.2000 pihak Lembaga Pengurus, PIBG dan Pentadbiran sekolah bersama-
sama berusaha mengadakan ‘Jamuan Makan Malam Amal’ dengan tujuan mengutip
derma untuk membeli kerusi meja (plastik) murid sebanyak 500 set. Sebanyak RM        
30,000.00 telah berjaya dikutip. Dengan ini masalah kekurangan dan kerosakan kerusi                          
meja dapat diatasi.

Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan memberi peruntukan sebanyak
RM 8,000.00 untuk membaik pulih /menambah kerusi meja bilik guru dan kemudahan
lain.

Yang Berhormat Dato’ Ho Cheng Wang, Ahli EXCO Negeri dan juga ADUN Kawasan
Pokok Assam memberi peruntukan sebanyak RM 8,000.00 di mana RM 5,000.00 adalah
untuk menambah kerusi meja murid dan RM 3,000.00 untuk membaik pulih sebatang
jalan di sebelah pintu tepi sekolah.

2001        Pada bulan Mei, ADUN Kuala Sepetang Y.B. Siew Kok Kan memberi peruntukan
sebanyak RM 5,000.00 untuk memperbaiki papan jaring bola keranjang dan menaik
taraf tandas murid dan guru.

Pada 26.5.2001, setelah menjalankan pemeriksaan , Jabatan Kerja Raya , Taiping 
mengeluarkan surat menyatakan bahawa dua blok bangunan lama tidak selamat
dipakai dan dicadangkan dirobohkan dan perlu dibina semula. Anggaran perbelanjaan
meroboh dan membina semula ialah lebih kurang RM 1,017,000.00.

Pada 28.6.2001 satu Jawatankuasa Pembina Semula telah dibentuk dengan Ahli
Jawatankuasanya terdiri daripada Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Murid Tua       
             Sekolah.

            Untuk menubuh Tabung Pembinaan Semula dan seterusnya mencapai objektif Jawatan-
             kuasa ini suatu program ‘Malam Amal Artis Royal Stout’ tajaan bersama Kwong     
Wah Jit Poh dan Carlsberg Malaysia Sdn. Bhd. telah dirancang. Aktiviti ini merupakan             
Suatu persembahan artis-artis terkenal di Malaysia. Segala kutipan wang derma
 dimasukan ke Tabung Pembinaan Semula. Target yang ditetapkan ialah RM 500,000.00
            
             ‘Malam Amal Artis Royal Stout’ telah berjaya dilangsungkan dengan begitu meriah
              sekali pada hari Jumaat, 28.9.2001 di Dewan Tokong Cina ‘Xuan Tian Shang Ti’,               
              Kuala Sepetang. Sumbangan derma yang diterima jauh melebihi target yang ditetapkan.
              Sebanyak RM 848,053.99 telah dikutip.
   
 Dalam bidang kokurikulum , Pasukan Bola Keranjang Lelaki dan Perempuan berjaya
 menjadi JOHAN dalam Pertandingan Bola Keranjang Antara Sekolah-Sekolah       
 peringkat daerah Larut Matang & Selama dan juga Johan peringkat negeri. Ini
 merupakan suatu pencapaian yang sangat membanggakan dan juga mencatat suatu  
 rekod baru dalam sejarah sekolah.

2002         Pada awal bulan Januari, dua blok bilik darjah yang lama telah dirobohkan. Satu blok
 empat tingkat yang mengandungi 20 bilik darjah dibina pada tapak yang sama.

 Upacara Memecah Tanah  berlangsung pada 20.2.2002 dan kerja-kerja membina
 semula bangunan baru bermula pada 21.2.2002 dan dijangka akan siap dalam 48   
 minggu.

 Pada 01.11.02 Y.B. Dato’ Ho Cheng Wang, EXCO Negeri Perak, mengumumkan
 peruntukan sebanyak 150,000.00 untuk pembinaan semula sekolah.
 Pada hujung tahun 2002, bangunan baru 4 tingkat siap dibina.

2003         Bangunan baru dipakai mulai 03.01.03, walau bagaimanapun masih dikekalkan dua     
              sesi persekolahan sementara menunggu kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri
              Perak untuk persekolahan dalam satu sesi.

             Pada 18.05.03, persekolah dalam satu sesi bermula selepas menerima kelulusan Jabatan
              Pendidikan Negeri Perak.
2004         Pada 18.01.04 satu pertandingan Kara-ok dianjurkan dengan tujuan mengutip derma
              bagi membiayai pembinaan tandas dewan. Penganjur utama terdiri daripada Lembaga
              Pengurus, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Persatuan Murid Tua. Setelah menolak
              perbelanjaan, RM 27,000.00 berjaya dikutip.

             Perasmi pada malam itu, Y.B. Dato’ Ho Cheng Wang juga menyampaikan peruntukan
              sebanyak RM30,000.00.

             Pada 30.01.04  sekumpulan dermawan dari Kuala Sepetang telah berjaya menganjurkan
              suatu Malam Amal Pertunjukan Artis Tempatan dan berjaya mengutip RM 22,222.22
              untuk Tabung Pembinaan Semula Bangunan Baru.

             En. Beh Han Kim mendermakan RM 60,000.00 untuk Tabung Pembinaan Semula.
              Dengan itu Dewan Serbaguna SJK (C) Poay Eng dinamakan Dewan Beh Han Kim.

 Pada 27.06.04 Tandas dewan siap dibina. Kos pembinaan ialah RM 33,000.00

             Pada 01.10.04 Bangunan Baru dan Dewan Terbuka dirasmikan pembukaan oleh Y.B.
             Dato’ Hon Choon Kim, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.        
           
 Tahun 2004 merupakan tahun yang gemilang bagi SJK (C) Poay Eng. Bangunan baru
 bertingkat empat dan dewan serbaguna telah siap dibian dan diguna-pakai. Kos   
             pembinaan ialah 16 juta ringgit Malaysia. Selain daripada itu, dalam bidang kurikulum              
              dan ko-kurikulum, sekolah juga mencapai kejayaan yang sangat membanggakan.

 Dalam bidang ko-kurikulum, pertandingan bola keranjang MSSP, pasukan lelaki dan
               perempuan telah berjaya menjadi johan negeri Perak. Kejayaan ini merupakan kali
               keempat berturut-turut (2001 – 2004) sekolah menjadi johan negeri Perak. Atas
               kejayaan ini sekolah dianugerahkan Pencapaian Ko-kurikulum Terbaik oleh PPD.

 Dalam bidang kurikulum pula, 6 orang murid tahun enam mencapai keputusan
 cemerlang, mereka mendapat 7A dalam UPSR. Ini merupakan suatu rekod pencapaian      
 dalam sejarah SJK(C) Poay Eng. Dengan itu, sekolah mendapat Anugerah Pencapaian
 Kurikulum dari PPD.

2005.     Pada 6.10.2005 ADUN Kuala Sepetang, YB See Tean Seng telah memberi peruntukan RM3,800.00 untuk tujuan pembangunan sekolah.

2006.     Junior Chamber International Taiping menderma 20 set komputer kepada sekolah.  Lembaga Pengurus Sekolah menyumbang RM12,160.00 untuk memindahkan bilik komputer ke bilik yang baru.  Bilik komputer dilengkapi dengan kemudahan internet.

Pada 8.7.2006 En. Lee Choon Hock dari SJK ( C ) Khea Wah, Matang melapor diri sebagai Guru Besar.

 Pada 5.10.2006 Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Dato’ Tan Lian Hoe telah memberi  
 sumbangan RM3,500.00.

 Pada 6.12.2006 YB Datuk Ho Cheng Wang memberi sumbangan RM3,000.00 untuk        
 pembangunan sekolah dan RM3,000.00 untuk kelengkapan PA System dewan sekolah.

2007    Pada 3.3.2007 Persatuan Bekas Murid SJK ( C ) Poay Eng telah menganjurkan   
              Pertandingan Menyanyi Sempena Perayaan Tahun Baru Cina.  Usaha ini telah berjaya 
              Mengutip RM30,000.00 untuk tujuan pembangunan sekolah.

             Ahli Parlimen YB Dato’ Tan Lean Hoe memberi peruntukan RM40,000.00 untuk
 membaiki bangunan sekolah.

2008    Pada bulan Januari, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi bantuan modal    RM50,000.00 untuk membeli komputer dan peralatan sekolah.    

            YB See Tean Seng memberi sumbangan RM5,000.00.  Parti Gerakan Bahagian Bukit   
             Gantang memberi sumbangan RM20,000.00 untuk menampung Tabung PIBG sekolah.

            ADUN Kuala Sepetang YB Tai Sing Ng memberi peruntukan RM10,000.00 untuk
             pembangunan sekolah.

            Pada 23.9.2008 Pejabat Pelajaran Daerah telah melaksanakan kerja naiktaraf bilik
             pemulihan dengan perbelanjaan RM12,000.00.

2009    Pada bulan Februari, MCA Bahagian Bukit Gantang telah memberi sumbangan
             RM4,000.00 untuk menampung Tabung PIBG sekolah.

                        Pada 7.5.2009 Kementerian Pelajaran Malaysia menyerahkan cek bernilai
             RM350,000.00 kepada Lembaga Pengurus Sekolah.  RM10,000.00 untuk membeli 100
             set kerusi dan meja murid.  RM340,000.00 untuk tujuan Menambak Tanah dan
             menaiktaraf blok bangunan lama yang sering dibanjiri air.

                        Pada 8.5.2009 Kementerian Pertanian membekal rak PSS, rak serbaguna dan almari besi
             bernilai RM20,000.00.

             Pada 25.5.2009 Pejabat Pelajaran Daerah LMS meluluskan RM20,000.00 untuk Kerja
             Membina Pondok Pengawal Keselamatan dan Mendirikan Jerejak Besi di pagar depan 
             sekolah.
2009    Jawatankuasa Pembangunan Padang Sekolah telah berjaya mengutip sumbangan RM56,180.00 (Fasa 1) bagi tujuan menambak tanah dan menanam rumput di padang sekolah Lot 123.

2010    Jawatankuasa Pembangunan Padang Sekolah telah berjaya mengutip sumbangan RM 56,094.45                 (Fasa 2) bagi tujuan menambak tanah dan menanam rumput di padang sekolah Lot 123.  Sebanyak RM112,274.45 telah dibelanjakan untuk kerja menambak tanah dan menanam rumput.
  
            Napex Marketing Sdn Bhd. (Jaz Beer) menyumbang RM20,000.00 untuk Projek Pembinaan Semula Gelanggang Bola Keranjang manakala baki perbelanjaan RM15,054.65 telah ditanggung oleh Lembaga Pengurus Sekolah.  Sebanyak RM35,054.65 telah dibelanjakan.

            Pada 9.2.2010, Jawatankuasa Majlis Makan Malam dan Konsert ‘Nian Dao Fu Dao’ telah berjaya mengutip RM75,830.10 bagi tujuan perbelanjaan pembangunan asas sekolah.
                       
                        Kerja Tambak Tanah dan Naik Taraf 5 buah Bilik Darjah telah siap pada 4.5.2010, jumlah
perbelanjaan RM295,008.00.
                       
                        Kerja Naik Taraf Kantin telah siap pada 26.11.2010, Anggaran jumlah perbelanjaan RM 140,000.       
            Pada tahun 2011, semua murid akan keluar pada waktu rehat yang sama.